Monday 11 January 2010

Gajah melintas jalan...

Assalamualikum,
pagi tadi aku baca paper berita harian online..ada new tentang gajah melistas jalan..aku terus klik kat link tersebut..
JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan.

Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.
"Saya tidak mahu mengambil risiko meneruskan perjalanan kerana bimbang kemungkinan ada kumpulan gajah lain di hadapan sepanjang jalan raya berkenaan.

"Saya diberitahu penduduk Jeli yang ditemui, kumpulan gajah liar itu sering melintasi kawasan itu untuk mencari makanan di hutan bersebelahan, terutama pada waktu senja dan malam, malah kadang kala memasuki serta memusnahkan tanaman penduduk kebelakangan ini," katanya.

Mat Mazarin berkata, pengalaman melihat sendiri haiwan liar itu berada di depannya menjadi kenangan sepanjang hayatnya kerana tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.
Begitu lah petikan berita tentang perihal gajah melistas jalan..akau pk2 balik nasib baik la aku x pernah terserempak dengan makluk yg besar ni ketika di hway..kalo dalam zoo 2 pernah la..siap ambik gambar ngan makluk 2 lagi..Makluk yg dikenali sebagai gajah ini adalah haiwan liar yang habitat nya didalam hutan berhampiran..kat bawah ni aku masukkan gambar yang telah dirakam oleh pemuda tersebut..

ha..cam mana percaya ker x..kalo aku pun akan pusing balik time ni..ngeri gak nak teruskan perjalanan..
ok..that all for today..
wsalam..

No comments:

Post a Comment